Laman ini masih dalam proses pembangunan, tetapi anda sudah boleh mengakses dan menggunakannya. Harap maklum bahawa beberapa ciri mungkin belum lengkap atau sedang diperbaiki. Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda!

Hantu Rumah Kosong

📚 Muka Surat 1 - Hantu Rumah Kosong


Si Bell memang terkenal berani masuk tempat-tempat angker di kampung. Orang kampung balik-balik cerita pasal rumah tinggal dekat kebun getah yang sudah lama kosong. Konon katanya, rumah tu ada penunggu.

"Kalau betul ada hantu, kenapa belum ada orang kena kacau?" kata Bell sambil ketawa.

Malam tu, sebab mau tunjuk dia berani, Bell nekad masuk rumah tu sorang-sorang. Dengan berbekalkan lampu suluh sama semangat yang entah datang dari mana, dia pun melangkah masuk ke dalam rumah tua tu.

📚 Muka Surat 1 - Hantu Rumah Kosong


Dalam rumah tu gelap macam gua. Lantai kayu berbunyi tiap kali dia melangkah. Bau hapak, macam kain basah tidak kena jemur seminggu.

"Ishh, lama sudah ni teda orang duduk," Bell berbisik sendiri.

Tiba-tiba, dia dengar bunyi benda jatuh dari tingkat atas.

Dukkk!

Bell terdiam. Dia telan air liur. "Angin kah tu? Atau..."

Dia kuatkan hati naik tangga, langkahnya perlahan macam pencuri. Semakin dekat dengan tingkat atas, semakin dia rasa macam ada orang tengah perhati dia.

📚 Muka Surat 3 - Hantu Rumah Kosong


Sampai di atas, dia nampak satu bilik, pintu dia terbuka sikit. Lampu suluh Bell bergetar sebab tangan dia sudah menggigil.

"Hello? Ada orang kah?" suaranya perlahan, hampir berbisik.

Sekali, pintu bilik tu terbuka sendiri!

Kerreeekkk...

Dari dalam bilik yang gelap, muncul satu bayangan hitam tinggi. Mata dia merah menyala!

Bell menjerit, terus pecut turun tangga!

📚 Muka Surat 4 - Hantu Rumah Kosong


Bell lari macam pelari pecut Olimpik keluar dari rumah tu. Tapi, bayangan hitam tu masih kejar dia!

"Ya Tuhan! Saya tidak kacau! Jangan ikut saya bah!" dia menjerit sambil berlari ke jalan besar.

Tiba-tiba, dia tersadung akar pokok. BAM! Jatuh tergolek!

Sakit dia lupa, sebab dia masih takut! Sekali, bayangan hitam tu berdiri betul-betul depan dia!

Tiba-tiba...

"Oi, kau Bell kah ni?!" Bell terkedu. Suara tu... macam dikenali!

📚 Muka Surat 5 - Hantu Rumah Kosong


Bayangan hitam tu bongkok, lepas tu buka kain hitam yang menyelubunginya.

"Bell! Apa kau buat sini malam-malam?!"

Rupanya, tu si Pak Karim, orang tua kampung yang suka ronda malam!

Bell ternganga. "Pak Karim?! Saya ingatkan hantu tadi!"

Pak Karim garu kepala. "Kau lagi buat saya takut! Saya nampak kau masuk rumah tu, saya ikut mau tengok, sekali kau lari menjerit, saya pun takut, saya lari ikut kau!"

Bell tepuk dahi. Rupanya dua-dua takut sama sendiri! Keesokan harinya, cerita "hantu rumah kosong" jadi bahan lawak satu kampung! ~ TAMAT

PENAFIAN
Cerita yang dikongsikan di blog ini adalah fiksyen semata-mata dan bertujuan untuk hiburan sahaja. Sebarang persamaan dengan kejadian sebenar, individu, atau tempat hanyalah kebetulan dan tidak disengajakan. Blog ini tidak menyokong kepercayaan tahyul atau unsur paranormal secara literal. Pembaca dinasihatkan untuk membaca dengan minda terbuka dan tidak mengambil kandungan ini sebagai fakta. ~ Belly Marcus

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama